PENGENALAN
Pada zaman pascakemerdekaan ini, isu ideologi songsang atau pemikiran yang tidak betul terhadap sesuatu perkara dalam kalangan anak muda sering memomokkan. Isu ini menjadi buah mulut orang ramai dari warung-warung kopi hingga ke dewan parlimen dan juga menjadi topik perbincangan golongan intelek di menara gading. Berdasarkan pendapat Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Bin Mohamad di The Cambridge Union Society, Malaysia tidak akan mengalah kepada sebarang tekanan untuk menerima ideologi songsang ini yang melibatkan unsur Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dan beliau juga berkata bahawa amalan barat ini yang bertentangan dengan amalan nilai-nilai murni tidak baik serta memberi impak negatif dalam pelbagai perspektif. Anak muda pada zaman ini , tidak berpendapat bahawa ideologi songsang ini menjadi dinding penghalang untuk melahirkan generasi hadapan yang penuh dengan budi pekerti.
No comments:
Post a Comment